Monday, March 22, 2010

Perkembangan pesat sebuah bandar Kuala Lumpur pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 telah memberi impak yang besar kepada kehidupan rakyat.

Pengenalan

Pembukaan Kuala Lumpur pada abad ke-18 telah menjadi titik tolak yang
penting dalam kepesatan bandar Kuala Lumpur pada abad ke-19 dan abad ke-20. Sejarah Kuala Lumpur tidak asing lagi pada hari ini. Kuala Lumpur telah dibuka pada tahun 1857 dimana Raja Abdullah,iaitu wakil sultan yang mentadbir Klang dan juga seorang ahli perniagaan telah meneroka Kuala Lumpur untuk mencari bijih timah dengan dibantu oleh Raja Jumaat dari Lukut dan perlombomg cina. Mulai saat ini, Kuala Lumpur terus berkembang kerana tarikan hasil buminya.

Kuala Lumpur telah berkembang akibat daripada kemasukan penduduk yang ramai selepas 1857. Namun begitu, kadar perkembangan ini adalah dalam kadar yang perlahan sahaja. Ini kerana ia menghadapi beberapa masalah seperti bentuk muka bumi yang tidak rata, berpaya serta diburukkan lagi dengan Perang Saudara pada tahun 1867-1872. Perang Saudara yang meletus ini telah menimbulkan banyak kerosakan dan banyak nyawa melayang. Yap Ah Loy sebagai kapitan Cina pada masa itu telah memegang satu tanggungjawab besar untuk membina semula pembangunan yang telah musnah ini. Pada masa tersebut, ekonomi juga telah meleset dan telah menyebabkan harga bijih timah telah jatuh iaitu pada tahun 1875-1879. Untuk sementara waktu. Kuala Lumpur tidak mengalami perkembangan yang jelas.

Pembangunan yang dikecap ini telah menyumbang kepada pertambahan penduduk Kuala Lumpur. Dilaporkan bahawa antara tahun 1878-1879, penduduk Kuala Lumpur telah bertambah sebanyak dua pertiga. Begitu juga dengan bilangan rumah yang dibina. Oleh kerana terlalu ramai penduduk. Petempatan ini telah dibina secara berdekatan. Ia telah mewujudkan kawasan perumahan setinggan.

Pada Mac 1880, pusat pentadbiran di Selangor telah dipindahkan dari Kelang ke Kuala Lumpur oleh pentadbir British. Oleh yang demikian,Kuala Lumpur telah menjadi ibu negeri Selangor. Pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai ibu negeri telah membawa perubahan yang sangat besar kerana sebelum ini ia dikenali sebagai kawasan yang berdaya maju dalam industri bijih timah dan berkembang lagi sebagai pusat pentadbiran negeri.

Keadaan Kuala Lumpur beransur-ansur berubah setelah British mengambil alih pentadbirannya. Sebelum perpindahan secara rasmi pusat pentadbiran ini pada tahun 1880, kerajaan British sememangnya telah terlibat dalam membantu Yap Ah Loy dalam pentadbiran Kuala Lumpur terutamnya dari residen J.G. Davidson dan Bloomfield Dougles.

Namun semasa Douglas menjadi residen Selangor yang kedua menggantikan Davidson, proses pembangunan Kuala Lumpur dilihat tidak berapa giat dijalankan ekoran pada ketika itu British hanya berusaha untuk mengambil alih seluruh kuasa pentadbiran Kuala Lumpur dari tangan kapitan cina. Apa yang mendorong kerajaan British ingin mentadbir Kuala Lumpur adalah atas potensi untuk menjadi sebuah pusat pentadbiran yang lebih komprehensif serta potensi ekonomi yang cerah ekoran dari kegiatan perlombongan bijih timah yang giat dijalankan. Pada tahun 1877, soal dalaman Kuala Lumpur telah diletakkan sepenuhnya dibawah kerajaan British melalui penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri (MMN) Selangor. Dengan penubuhan majlis itu juga, segala hal ehwal yang berkaitan dengan Kuala Lumpur termasuk soal pentadbiran dan pengurusan bandar telah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri Selangor.

Dalam persidangan MMN yang kedua pada 27 Jun 1877, Douglas mencadangkan penubuhan sebuah majlis perbandaran unttuk mentadbir Kuala Lumpur yang mana tugas-tugas pengendalian kebersihan lebih efisyen dan terpelihara. Tetapi cadangan itu terpaksa ditangguh kerana memerlukan satu penilaian yang berterusan seperti mendapatkan reaksi penduduk dan persetujuan dari pelbagai pihak termasuk penduduk Kuala Lumpur. Dengan satu jawatan kuasa khas dibentuk untuk menjalankan tugas-tugas penilaian ini. Salah satu yang amat dititk beratkan dalam cadangan pembentukan majlis perbandaran ini adalah dari segi kos pembiaayan majlis yang dicadangkan. Walaubagaimanapun, cadangan untuk menubuhkan majlis perbandaran ini menemui jalan buntu apabila Douglas meletakkan jawatan pada Ogos 1882.

Setelah jawatan residen Selangor diambil alih oleh Sir Frank Swettenhem, proses pembangunan Kuala Lumpur menampakkan pembangunan yang agak ketara dan jika dibandingkan dengan Douglas, Swettemhem lebih berjaya mengubah wajah Kuala Lumpur. Semasa dibawah Swettenhem, cadangan penubuhan majlis perbandaran tidak lagi diguna pakai seperti mana idea Douglas.

Bermula tahun 1884, program-program pembinaan semula bandar Kuala Lumpur semakin giat dijalankan. Dalam program ini, kerja-kerja mengantikan rumah-rumah kayu dengan banggunan konkrit telah dijalankan. Sebenarnya semasa pentadbiran Douglas projek seumpama ini telah diperkenalkan tetapi ianya tidaklah seaktif pada era pentadbiran Swettenhem dan timbalanya J.P.Rodger. Sebab utama projek ini dijalankan adalah untuk mengelakkan kebakaran dari mudah berlaku. Sememangnya kebanyakan kebakaran yang berlaku di Kuala Lumpur adalah disebabkan oleh rumah-rumah kayu yang mudah terbakar serta kedudukan rumah yang rapat antara satu sama lain. Hasilnya pada tahun 1884 sudah terdapat lebih kurang 234 rumah konkrit telah dibina dan pada penghujung 1885 kebanyakan rumah-rumah terdapat dipusat bandar telah digantikan dengan rumah konkrit. Pada tahun 1887, sudah terdapat 518 rumah konkrit dan menjelang 1888, jumlahnya bertambah menjadi 698 buah.

Perkembangan pesat Kuala Lumpur telah memberi impak yang besar kepada masyarakat tempatan dimana ia mempengaruhi cara hidup dan kelahiran budaya baru dalam masyarakat tempatan. Fungsi Kuala Lumpur yang menjadi Trading Post dimana ia menyediakan pusat-pusat pembekalan, pusat hiburan dan juga perkhidmatan telah menarik minat masyarakat untuk bermigrasi ke Kuala Lumpur. Kesan yang dapat dilihat ialah bagaimana pertambahan penduduk di Kuala Lumpur yang drastik, wujudnya penguasa tempatan, fungsi institusi pasar dalam mengawal masyarakat dan kawalan harga bekalan makanan. Perkembangan khidmat kesihatan juga dapat dilihat dalam era ini yang mana penubuhan hospitality telah berlaku. Perubahan dalam sistem perhubungan dan penularan wabak penyakit juga berlaku dalam era ini iaitu pada akhir abad ke 19 dan awal abad ke-20.


Pertambahan Penduduk.

Perkembangan pesat Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbiran, perlombongan serta sebagai ibu negeri Selangor telah menarik minat masyarakat untuk bermigrasi ke Kuala Lumpur. Penduduk Kuala Lumpur telah bertambah secara mendadak dimana pada tahun 1878, penduduk Kuala Lumpur hanya 2000 orang sahaja. Bilangan ini terus meningkat kepada 19,000 orang pada tahun 1890. Seterusnya pada tahun 1895, penduduk Kuala Lumpur adalah seramai 25,000 orang dan jumlah ini mwningkat kepada 30,000 orang pada permulaan abad ke-20. Pada tahun 1910, penduduk Kuala Lumpur telah menjadi 45,000 orang. Menjelang Perang Dunia Pertama, penduduk Kuala Lumpur telah berjumlah 58,000 orang. Julah penduduk yang ramai ini sangat padat pada masa itu dalam lingkungan sempadan tidak melebihi 17 batu persegi.

Suasana ini telah menyebabkan perkembangan bandar Kuala Lumpur pada waktu itu membesar disekitar pasar hingga membentuk sebuah mendela segiempat. Pertambahan penduduk dengan kadar yang begitu besar khususnya selepas tahun 1890, jelas memberikan petanda bahawa Kuala Lumpur sejak tempoh tersebut merupakan sebuah petempatan yang selamat untuk didiami. Jumlah penduduk yang meningkat secara drastic ini disebabkan oleh masyarakat mula berhijrah akibat perkembangan aktiviti perlombongan dan kemudahan infrastruktur yang lebih sistematik hingga membawa kepada perkembangan bandar Kuala Lumpur. Jika dihakimi situasi sedemikian, dapat ditarik satu kesimpulan bahawa tentu adanya faktor yang telah membajai perkembangan tersebut. Penjelasan yang paling berhak di sebalik perkembangan itu ialah jaminan ‘law and order’ yang disediakan pihak British. Bagi menangani segala permasalahan perbandaran, pentadbiran British mengambil langkah menubuhkan Lembaga Kebersihan Kuala Lumpur pada 30 Mei 1890. Lembaga ini dapat ditanggap sebagai penguasa tempatan yang pertama di negeri-negeri Melayu. Meskipun tarafnya sekadar sebuah lembaga, namun ciri-ciri perjalanannya menepati sifat sebuah penguasa tempatan sepertimana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur hari ini. Penubuhan Lembaga Kebersihan Kuala Lumpur (LKKL) ini telah menjadi tanda aras kepada penstrukturan bandar Kuala Lumpur sebagai bandar yang terancang.

Budaya baru yang muncul pada era itu ialah budaya kehidupan bandar. Ia merupakan budaya baru yang muncul dalam masyarakat dan merupakan pergerakan daripada budaya tradisional kepada budaya moden. Transformasi inilah yang menarik minat masyarakat untuk berhijrah. Ia dimudahkan lagi dengan adanya jalinan jalan raya dan keretapi yang menghubungkan negeri-negeri di Semenanjung Tanah Melayu dengan Kuala Lumpur. Dengan pertambahan penduduk yang drastik itu telah menyebabkan banyak masalah muncul. Dalam keadaan kepadatan penduduk yang begitu tinggi, pentadbiran British terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah. Penularan penyakit berjangkit yang menyebabkan kadar kematian yang tinggi merupakan masalah terbesar. Buat kali pertama dalam sejarah, mulai 1896, pembetungan najis menggunakan tandas tong telah disistemkan dengan cara melantik kontraktor-kontraktor yang akan menguruskan pengangkutan tong-tong pembetungan ke tapak pembuangan.

Dengan kepadatan penduduk yang tinggi ini telah menyebabkan permintaan yang tinggi dalam penawaran makanan. Untuk memenuhi permintaan ini, orang-orang Melayu telah membuka kawasan pertanian seperti di lembah Ampang, Setapak dan Batu.

Penguasa Tempatan.

Perkembangan pesat bandar Kuala Lumpur telah menyebabkan British memikirkan bagaimana cara yang berkesan untuk menguruskan bandar dan menyelesaikan masalah berbangkit akibat daripada pertambahan penduduk yang drastik. Pertambahan penduduk dengan kadar yang sebegitu besar telah khususnya selepas tahun 1890 telah mengambarkan bahawa bandar Kuala Lumpur sebuah bandar yang selamat untuk didiami. Walaubagaimapun ini tidak bermakna bahawa dengan perkembangan sebegitu, bandar Kuala Lumpur tidak lagi diancam jangkitan wabak atau petaka kebakaran.

Penubuhan Lembaga Kebersihan Kuala Lumpur (LKKL) pada 1890 ini telah ditubuhkan oleh W. E. Mexwell (1889-1891) yang merupakan Residen British di Selangor. SBKL merupakan unit kerajaan tempatan yang pertama diwujudkan di negeri-negeri Melayu iaitu pada 30 Mei 1890 dan mesyuarat pertama badan pentadbiran diadakan pada 4 Jun 1890. Keahliaan dalam LKKL ini terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan dan ketua-ketua masyarakat tempatan.

Fungsi dan peranan utama LKKL ialah bertindak sebagai penguasa tempatan yang mempunyai kuasa dalam hal-hal berkaitan ekonomi,pentadbiran bandar dan lain-lain lagi. Pada tahun 1890, penduduk bandar Kuala Lumpur dianggarkan seramai 19000 orang. Kepesatan dan perkembangan ini tentunya tidak sesuai ditadbir oleh seorang pegawai daerah. Apabila LKKL, ia mempunyai sebuah lembaga yang terdiri daripada individu yang berupaya mengumpul dan memberikan banyak maklumat kepada LKKL berdasarkan tanggungjawab dan peranan masing-masing. Pembentukan LKKL juga dapat meringankan beban tugas MMN kerana sebarang agenda penting berkaitan dengan bandar Kuala Lumpur dipindahkan ke meja mesyuarat LKKL. Sebelum tahun 1890, butiran yang terperinci akan dibincangkan dan diluluskan oleh MMN seperti pajakan penyembelihan, pajakan daging mentah dan pajakan rumah mandi awam.

LKKL telah memperkenalkan beberapa undang-undang dalam mentadbir bandar Kuala Lumpur. Bagi masyarakat tempatan,jika zaman sebelum kedatangan British, mereka tidak tertakluk dengan undang-undang bertulis sebaliknya mengikut undang-undang yang ditetapkan oleh para pembesar. Undang-undang yang sedia ada hanya menggunakan undang-undang lisan sahaja tanpa undang bertulis. Contoh undang-undang yang diperkenalkan oleh LKKL ialah seperti kawalan kebersihan dan harga makanan, peraturan pembentungan najis dan peraturan kawalan penyakit berjangkit.

Anjakan yang diterima dalam kehidupan masyarakat disamping perubahan dalam petadbiran ialah permulaan suatu bentuk kehidupan bandar yang mesti dipatuhi oleh penduduknya. Dalam lingkungan kawasan kehidupan yang terhad dengan kadar pertambahan penduduk yang begitu cepat, jaminan hendaklah dipastikan supaya masalah kesesakan penduduk tidak diburukkan lagi dengan masalah penyakit berjangkit, kebakaran, kekotoran, kekurangan bekalan makanan dan kemudahan asas yang tidak dirancang. Penduduk Kuala Lumpur telah memasuki satu era baru dalam kehidupan bandar diman amereka dipaksa oleh satu set undang-undang kehidupan bandar yang disokong pula oleh hukuman-hukuman denda.

LKKL boleh mendakwa jika seseorang melanggar undang-undang yang telah ditetapkan oleh LKKL. LKKL ini mempunyai kuasa dalam menyaman dan LKKL mendapat kuasa daripada undang-undang. Pada tahun penubuhannya, selain ditetapkan sempadan sah bidang kuasanya iaitu seluas 9 batu persegi, LKKL juga diberi kuasa mengenakan cukai terhadap orang ramai disamping boleh mendakwa sesiapa yang didapati melanggar undang-undang dan peraturan yang dikeluarkannya. Bagi sesiapa yang didapati bersalah melanggar peraturan-peraturan SBKL akan didenda tidak melebihi $50 berdasarkan undang-undang tahun 1890 dan 1902. Denda maksimum ini dinaikkan kepada $100 apabila fasal tersebut dipinda pada tahun 1907. Penjual susu contohnya akan didenda sebayak $20 apabila didapati menjual susu yang tercemar. Selain itu,bagi sesiapa yang menghalang lalu lintas akan didenda sebanyak $25. Jika didapati dia melakukan kesalahan secara berterusan akan dikenakan denda sebayak $10 bagi setiap hari hinggalah halangan tersebut dialihkan.

Bidang tugas LKKL boleh diketegorikan kepada tugas-tugas wajib, separa wajib dan budi bicara. Tugas-tugas wajib adalah tugas-tugas yang ditetapkan dalam undang-undang secara jelas dan wajib dijalankan oleh LKKL. Jika tidak dijalankan merupakan satu kesalahan dan boleh didakwa oleh orang awam di mahkamah . Contohya seperti mana kes pada tahun 1893 dimana Kapten M.C. Syers (Ketua Polis Selangor) yang telah mendakwa LKKL dimahkamah kerana kudanya tercedera akibat terjatuh kedalam lubang. Bagi Syers,oleh kerana tugas menyelenggara jalan-jalan di Kuala Lumpur adalah tugas wajib LKKL, tuntutan gantirugi tersebut adalah wajar.
Dengan wujudnya konsep tersebut, maka wujudlah konsep mendakwa dan kebertanggungjawapan dalan kehidupan masyarakat Kuala Lumpur pada masa itu.

Institusi Pasar dan Kawalan Harga Bekalan Makanan.

Sebelum tertubuhnya penguasa tempatan di bandar Kuala Lumpur, pasar dan bandar telah diuruskan di bawah kapitan-kapitan Cina. Di Kuala Lumpur, terdapat sebuah pasar besar dan sebuah kedai pajak judi kepunyaan Yap Ah Loy iaitu Kapitan Cina yang ketiga (1868-1885) berdekatan dengan Medan Pasar Lama. Aktiviti harian pada waktu itu tertumpu kepada pasar tersebut dan kawasan sekitarnya.

Pasar ini tidak sekadar membekalkan barangan keperluan harian kepada penduduk di kawasan segiempat itu sahaja tetapi turut membekalkan keperluan bagi lombong-lombong yang berada disekitarnya. Selain itu,pasar juga mempunyai beberapa fungsi seperti tempat jual beli pada waktu siang. Manakala pada waktu malam pasar berubah fungsi sebagai tempat hiburan Cina iaitu sebagai tempat berjudi, tempat minum arak, candu dan rumah-rumah pelacuran.

Di era pentadbiran British khususnya selepas tahun 1890, peranan pasar telah mengalami perubahan. Pada zaman Swettenhem menjadi residen di Selangor pada tahun 1882 hingga 1889 pasar tidak lagi dibenarkan menjalankan aktiviti selain sebagai pusat jual beli. Perubahan fungsi ini bermula apabila Swettenham mengarahkan Yap Ah Loy memindahkan pajak-pajak judinya ke Cross Street dan rumah-rumah pelacurannya ke Pudoh Road. Semua ini dilakukan bagi mengurangkan kesesakan di sekitar pasar dan sekali gus mengubah suasananya.

Pasar juga telah berfungsi sebagai tempat kawalan bekalan bahan makanan termasuklah kuantiti, kualiti dan harga. British mengawal pasar dengan membuat peraturan dimana pasar ialah pusat pasar dan 50 ela di sekeliling pasar dan kedai hanya boleh menjual barangan runcit yang kering sahaja. Pada tahun 1890, Kuala Lumpur mempunyai tiga buah pasar iaitu Pasar Besar Kuala Lumpur, Pasar Pudoh dan Pasar Jawa Street; jumlah ini meningkat kepada lapan buah pada tahun 1914. Menjelang tahun 1914, terdapat lapan buah pasar awam yang diletakkan di bawah kelolaan LKKL. Pasar utama ialah Pasar Besar Kuala Lumpur, pasar-pasar lain adalah Pasar Pudoh, Pasar Batu Road (Jalan Tunku Abdul Rahman), Pasar Ampang, Pasar Setapak, Pasar Sungai Besi, Pasar Sentul dan Pasar Kepong.

Kawalan lebih ketat terhadap institusi pasar mendapat perhatian LKKL disebabkan teknologi penjagaan makanan ketika itu masih rendah. Kuala Lumpur mempunyai cold storage yang pertama hanya pada tahun 1906. Dibuka oleh seorang Jerman, Schwartz namanya. Pusat penyembelihan Kuala Lumpur pula mempunyai bilik pendingin hanya pada tahun 1909 bagi menyimpan daging haiwan yang telah disembelih dan diperiksa untuk dijual di pasar keesokannya. Bekalan harian khususnya bagi orang-orang Eropah terutama sekali bekalan daging segar dan pakaian, diimport dari Singapura dan Pulau Pinang. Daging-daging segar ini akan dibungkus kemas di dalam kotak bersama-sama dengan ketul ais untuk mengekalkan kualiti daging. Kerja mengimport bekalan makanan harian dari luar mempunyai banyak kerenahnya. Kuala Lumpur bukan setakat terpaksa tunduk kepada tangga harga di Singapura atau Pulau Pinang malah jaminan untuk menggunakannya diragui. Selepas tahun 1900, daging-daging mentah tidak lagi dibenarkan diimport dari luar kecuali binatang-binatang ternakan sahaja.

Melalui institusi pasar dan pusat penyembelihan juga, pihak LKKL dapat memantau kualiti bekalan makanan terutamanya daging mentah yang dikhuatiri boleh memungkinkan penyakit keracunan makanan. Diarea dan disentri umpamanya merupakan antara penyakit yang menyumbang kepada kadar kematian yang tinggi di Kuala Lumpur ketika itu. Oleh sebab itulah, mulai tahun 1900, daging mentah tidak dibenarkan dibawa masuk dari luar. Penduduk Kuala Lumpur hanya boleh mendapatkan bekalan tersebut dari pasar tempatan kerana proses penyediaannya dilakukan di pusat penyembelihan yang diawasi pihak Pegawai Kesihatan Kuala Lumpur.
Kawalan bekalan harga makanan juga telah berlaku pada era ini dimana selepas pentadbiran pasar diambil alih dan diletakkan dibawah LKKL. Kawalan bekalan harga makanan ini berlaku kerana harga makanan di Kuala Lumpur adalah lebih mahal berbanding dengan tempat-tempat lain di Selangor. LKKL telah mengambil inisiatif memperkenalkan dua jenis pajakan untuk mengawal harga bekalan makanan iaitu pajakan gerai dan pajakan jualan. Walaupun British telah memperkenalkan sistem pajakan tersebut, namun harga makanan di Kuala Lumpur tetap menunujukkan kecenderungan untuk naik. Ini kerana LKKL menyedari wujudnya masalah ketidakseimbangan yang serius antara penawaran dan permintaan. Misalnya, pada tahun 1890 hanya terdapat tiga buah pasar untuk sejumlah 19,000 orang penduduk dan hingga tahun 1914, hanya terdapat lapan buah pasar untuk menampung 58107 penduduk.
Sistem pajakan yang diperkenalkan oleh LKKL ini telah menyebabkan penduduk menganggung perbelanjaan harian yang tinggi dan ia memberi kesan langsung kepada golongan yang berpendapatan rendah.

Penularan Wabak Penyakit.

Akibat pertambahan penduduk yang drastik di bandar Kuala Lumpur, telah muncul pelbagai penyakit seperti malaria, Desentri dan Diarea, taun,siplis, hawar dan lain-lain lagi.

Pada 21 Disember 1881, banjir besar telah melanda Kuala Lumpur. Keadaan ini telah memberi impak kepada yang buruk kepada Kuala Lumpur. Misalnya kadar kebersihan dalam keadaan yang begitu teruk sekali. Ia telah menyebabkan kadar kesihatan penduduk amat membimbangkan.,isalnya adalah jangkitan terhadap penyakit malaria. Dilaporkan bahawa, sebelum pentadbiran ibu negeri dipindahkan ke Kuala Lumpur, hanya 5 orang sahaja yang mati dalam tempoh 5 tahun. tetapi di Kuala Lumpur, dalam tahun pertama sahaja, 12 orang telah mati akibat malaria. Kemuncak kepada keadaan yang semakin meruncing ini ialah kematian anak perempuan kepada Blomfield Douglas iaitu Residen Selangor pada masa itu.

Penyakit malaria bukanlah penyakit asing di Kuala Lumpur. Sebagai sebuah kawasan yang terletak di kawasan berpaya dan beriklim tropika, maka ia telah menggalakkan pembiakan nyamuk Anophelenes (pembawa kuman malaria). Sejarah penyakit malaria di Kuala Lumpur telah bermula sejak zaman awal pembukaannya lagi. Ini kerana, daripada 87 pekerja Cina yang terlibat dalam pembukaan Kuala Lumpur ini, hanya 18 orang sahaja yang hidup. Kebanyakkan yang lain mati akibat malaria yang dikenali sebagai demam hutan pada masa itu. Keadaan ini adalah disebabkan oleh penerokaan di kawasan tebing yang bersempadan dengan kawasan paya, yang mana ia dipercayai sebagai malaria. Di Tanah Melayu, penyakit malaria ini berlaku di kawasan-kawasan hutan yang ditebang. Misalnya untuk petempatan, perlombongan, pembinaan jalan raya dan keretapi.

Selain penyakit malaria, penyakit beri-beri juga adalah antara penyakit yang amat ditakuti oleh penduduk. Satu hal yang menarik ialah penyakit beri-beri ini tidak dihadapi oleh orang melayu tetapi dihadapi oleh orang cina. Kajian terhadap penyakit beri-beri juga telah dilakukan pada tahun 1890-an dan mendapati bahawa penyakit ini lazimnya berlaku dikalangan orang yang memakan beras yang dikisar dan juga ikan masin ( ia adalah makana biasa bagi pelombong cina). Sebab inilah yang menyebakan ia tidak menyerang orang melayu yang memakan beras tumbuk dan juga orang india yang memakan beras separuh masak.

Penyakit siplis adalah penyakit yang berkaitan dengan penyakit kelamin. Penyakit ini dikatakan melanda Kuala Lumpur akibat daripada kegiatan rumah pelacuran yang dijalankan sejak zaman Yap Ah Loy. Pada tahun 1884, dilaporkan bahawa terdapat 300 orang wanita cina yang telibat dalam aktiviti pelacuran ( di kawasan Jalan Pudu dan Jalan Petaling). Masalah penyakit siplis yang melanda Kuala Lumpur pada masa ini dikatakan sebagai masalah dalam pentadbiran sosial. Ini kerana pada tahun 1890, terdapat 34 pusat pelacuran berdaftar di Kuala Lumpur dan hampir 550 orang pelacur. Pada tahun 1908, sebanyak 294 kes penyakit siplis dilaporkan di Hospital Daerah, Kuala Lumpur.

Sebagai sebuah bandar yang semakin berkembang, maka pertambahan penduduk telah berlaku dengan begitu pesat sekali di Kuala Lumpur. Ia telah menimbulkan keadaan dimana banyak sekali rumah baru dibina dan pembiaan rumah ini telah dilakukan secara tidak teratur susunannya. Misalnya ialah, kawasan dibelakang rumah dan keadaanya sangat kotor. Ini telah menyebabkan kepada pembiakan ejen pembawa penyakit seperti tikus iaitu pembawa penyakit hawar. Untuk mengelakkan agar gejala penyakit ini bertambah buruk lagi, maka kerajaan telah mengadakan kempen pembasmian tikus di kawasan bandar. Misalnya ialah, kerajaan akan membayar kepada sesiapa yang berjaya menangkap tikus dan tikus itu perlu dibawa ke pejabat Sanitary Board Kuala Lumpur. Peruntukan kewangan ini telah diluluskan oleh residen pada masa itu dan bayaran bagi setiap tikus yang telah berjaya ditangkap ialah 4 sen. Namun setelah pada tahun 1901, kadar bayaran untuk seekor tikus telah meningkat kepada 12 sen, iaitu apabila didapati bahawa wabak penyakit semakin meningkat. Usaha penangkapan tikus ini telah diteruskan hingga tahun 1912, iaitu cara upah telah digantikan dengan pasukan pengakap tikus yang dibayar gaji. Dan menjelang tahun 1913, Pegawai Kesihatan telah mengistiharkan bahawa bandar Kuala Lumpur bebas dari wabak hawar.

Penyakit taun di Kuala Lumpur dikaitkan dengan keadaan Kuala Lumpur yang agak primitiv pada masa itu misalnya dari segi kebersihan. Ini kerana sistem pembentungan najis adalah dalam keadaan yang tidak terurus dan kuno. Ini kerana sistem pembentungan najis ini tidak ketat dengan teknologi yang masih rendah. Jadi bagi mengatasi masalah taun, antara langkah yang telah diambil ialah dengan menggunakan kaedah kuarantin. Ia dimana Pegawai Perubatan diarahkan utnuk memeriksa setiap kapal yang berlabuh di Pelabuhan Kelang. Dalam pada itu, Pegawai Perubatan juga akan memeriksa semua perigi dalam bandar dan jika dicurigai, perigi tersebut akan ditutup untuk kegunaan orang ramai. Orang ramai juga akan diberitahu tentang wujudnya wabak taun dan menasihati mereka supaya memasak air sebelum diminum. Penduduk Kuala Lumpur juga telah dibekalkan dengan bekalan air bersih pada tahun 1896. Air bersih ini akan didapati melalui empangan di Ampang dan akan disalurkan kepada penduduk melalui batang paip. Sistem pembentungan najis juga telah diperbaiki. Misalnya, najis yang terkumpul akan digunakan semula oleh pekebun sayur utnuk dibuat baja.

Penyakit batuk kering pula, ia telah merebak secara meluas di Kuala Lumpur pada tahun 1904. Penyakit ini berpunca daripada bacteria Tuberculosis Bacillius (TB) yang menyerang manusia melalui saluran penafasan dan pemakanan. Namun begitu, jangkitan melalui saluran pernafasan dirumuskan sebagai jangkitan utama dalam kes batuk kering. Penyakit ini merebak apabila pengidap batuk kering yang batuk akan menyebarkan kuman tuberculosis dan kemudiannya akan disedut melaui penafasan oleh orang lain. Ia juga melalui air liur dan ini telah diburukkan lagi dengan tabiat orang Cina yang suka meludah di pusat-pusat tumpuan orang ramai, misalnya di panggung pementasan dan rumah judi. Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana lantai di situ ialah lantai tanah dan ini telah menyebabkan keadaan yang berdebu dan memudahkan kuman tuberculosis ini mudah melekat pada debu dan habuk. Factor sosial yang didapati menyumbang kepada merebaknya batuk kering di Kuala Lumpur. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa petempatan yang penduduk lelakinya lebih ramai daripada perempuan, kadar berlakunya penyakit ini adalah tinggi. Dengan kewujudan penyakit lain seperti malaria, taun, siplos dan penyakit hawar, yang mana telah menyebakan daya tahan penyakit seseorang itu menjadi rendah dan ini telah menyebabkan mudah dihinggapi kuman tuberculosis. Jadi, antara langkah yang diambil untuk mengatasi masalah ini ialah dengan mewajibkan tempat tumpuan orang ramai seperti panggung pementasan dan rumah judi, lantainya digantikan dengan simen. Namun begitu, ia sukar dikuatkuasakan terutama sekali di rumah judi. Jadi, antara langkah lain ialah dengan mencadangkan agar lantai rumah ini akan disembur dengan tahi lembu (cara biasa yang digunakan di India dan Sri Lanka) dengan tujuan untuk meratakan lantai rumah. Namun cadangan itu tidak diterima oleh Residen.
Penyakit-penyakit yang muncul ini telah menyebabkan suasana yang tidak selesa di Kuala Lumpur. Ia merupakan satu kejadian yang baru dalam kehidupan masyarakat yang hidup di Kuala Lumpur. Kesan ini telah memberikan pendedahan baru tentang pengatahuan terhadap penyakit berjangkit. Ini telah menyebakan budaya kehidupan bandar menjadi lebih sistematik iaitu pembaharuan dalam sistem perparitan, kebersihan dan penngurusan kehidupan yang lebih baik.

Perubahan Dalam Sistem Pengangkutan


Perubahan dalam sistem pengangkutan ini diberi tumpuan kepada perkembangan keretapi dan jalan raya terutamanya di NNM. Pembinaan jalan raya juga telah berlaku dimana buat pertama kalinya jalan-jalan dibandar Kuala Lumpur telah dibina dengan menggunakan kaedah tar MacAdam dan Jalan Ampang yang tidak pernah terhenti dari kesibukan lalu lintas sejak tahun 1890 sehingga ke hari ini merupakan jalan yang pertama mengunakan kaedah ini. (1,300 ela (1,188.72 Meter). Pembinaan jalan raya ini telah memberikan demensi yang baru kepada masyarakat di Kuala Lumpur pada masa itu.

Perkembangan industri bijih timah di Selangor telah mendorong British menyediakan satu jalan perhubungan yang baik. Ini kerana kemajuan perlombongan yang berlaku berhampiran sekitar kuala lumpur yang juga sebagai pusat perlombongan di Selangor mendesak supaya wujudnya satu rangkaian perhubungan yang dapat menjimatkan masa.

Dalam era ini, pengangkutan keretapi telah diperkenalkan antara Kelang dan Kuala Lumpur pada tahun 1886. Pengenalan sistem keretapi ini telah memendekkan perjalanan daripada Kelang ke Kuala Lumpur dalam hanya 45 minit sahaja. Perjalanan melalui Sungai Kelang mengambil masa selama tiga hari. Manakala daripada Damansara perjalanan mengambil masa selama 3-4 jam untuk sampai ke Kuala Lumpur sejauh 16 KM.

Pembinaan landasan keretapi bukan sahaja telah menghubungkan kawasan-kawasan perlombongan tetapi landasan yang wujud hasil dari percantuman antara bahagian utara dan bahagian selatan semenanjung telah membolehkan pembukaan kawasan-kawasan baru untuk tanaman eksport. Proses perhubungan utara-selatan ini telah memperkukuhkan lagi pemerintahan British terutamanya di NNMB yang ditubuhkan pada 1896. Selain itu, pembinaan landasan keretapi ini telah menggalakkan masyarakat di Semenanjung untuk melakukan pergerakan dan migrasi daripada kawasan pendalam ke bandar Kuala Lumpur kerana pada ketika itu, Kuala Lumpur menjadi tumpuan masyarakat kerana kepesatan ekonomi dan kehidupan budaya bandar yang baru. Ia telah menggalakkan perkembangan bandar Kuala Lumpur.
Pembinaan landasan keretapi pada peingkat awal hanya menghubungkan NNM hanya melibatkan jarak yang dekat sahaja pada sekitar tahun 1890-an. Landasan tersebut menghubungkan kawasan-kawasan perlombongan bijih timah di pendalaman dengan pelabuhan-pelabuhan. Matlamat penwujudan bukan hanya untuk mewujudkan integrasi dan keseimbangan tetapi lebih kepada kepentingan perlombongan.

Pada tahap seterusnya, pembinaan keretapi ini telah dihubungkan ke hampir semua negeri-negeri di Semenanjung. Penggunaan keretapi ini memberikan kemudahan terutamnya dalam mengangkut barang-barang yang besar serta berat dalam kuamtiti yang banyak.selain mengurangkan kos dan menjimatkan masa, keretapi juga menjadi pengantara dalam aktiviti ekonomi terutamanya dalam pengakutan barang-barang. Sebagai contoh, dengan mewujudkan keretapi yang bersambung terus dengan Siam membolehkan urusan import beras yang banyak dengan harga yang murah. Pada ketika itu, beras amat diperlukan untuk memenuhi permintaan penduduk setempat dan juga imigran di Kuala Lumpur. Kemunculan keretapi tepat pada masanya. Ini kerana beras mendapat permintaan yang banyak. Di Selangor, pengangkutan beras dari Kelang ke Kuala Lumpur melalui Jalan Damansara mengambil masa beberapa hari. Kos pengakutan adalah sebanyak $15.00 se tan. Dengan perahu pula, memakan masa yang lebih lama serta bergantung kepada cuaca. Kadangkala bayaran yang mahal akan dikenakan ketika hujan. Namun begitu, masa yang diambil antara dua hingga tiga jam dan bayarannya adalah $3.36 se tan. Ini telah menyebabkan herga beras menjadi murah dan masyarakat Kuala Lumpur tidak lagi ditekan dengan harga yang tinggi.


Perkembangan Khidmat Kebersihan dan Kesihatan.

Kesihatan dan kebersihan telah diberi penekanan oleh Swettenhem ketika menjadi Residen General NNMB antara tahun 1896 hingga 1901. Beliau mendapati bahawa suasana Kuala Lumpur pada masa itu adalah dalam keadaan tidak menyenangkan terutamanya dari segi kebersihan. Ini adalah kerana penduduk yang tidak peka terhadap kebersihan. Ia ditambah lagi dengan masalah kemarau yang menyebabkan penyakit taun.

Untuk mengatasi masalah ini, Swettenhem telah mengarahkan supaya kerja-kerja pembersihan bandar dijalankan. Sampah-sarap ditepi jalan telah diangkut dan kemudiannya dibakar atau ditanam. Walaupun Swettenhem memberikan penekanan terhadap aspek kebersihan,khususnya aspek pencegahan penyakit, namun ia ditumpukan terhadap orang Eropah sahaja.

Pada tahun 1883, terdapat dua buah hospital milik kerajaan telah dibina iaitu Hospital Besar Kuala Lumpur yang majoriti pesakitnya adalah orang Eropah dan Pauper Hospital pula adalah untuk golongan miskin seperti pelombong. Hospital ini terletak di Bluff Road dan Jalan Pahang. Hospital ini dibina bagi memperbaiki taraf kesihatan yang diabaikan pada zaman Yap Ah Loy. Rawatan percuma diberikan kepada pesakit di Pauper Hospital. Namun begitu, kadar kematian di Kuala Lumpur pada masa itu adalah tinggi. Dr. W.A. Sinclair berpendapat bahawa kadar kematian yang tinggi adalah disebabkan oleh kelewatan menghantar pesakit ke hospital, kadar migrasi yang tinggi dan tradisi orang Cina yang menghantar pesakit yang tenat ke hospital bagi mengelakkan mereka mati di rumah.

Jawatan Kuasa Malaria juga telah ditubuhkan pada 1907 dan ia ditubuhkan dengan tujuan untuk menyiasat kawasan-kawasan yang disyaki mempunyai jentik-jentik malaria, membuat cadangan tentang cara mengatasi dan juga merangka anggaran perbelanjaan bagsi setiap cadangan yang dikemukakan. Jawatan Kuasa Malaria ini telah mengemukakan cadangan untuk membaiki sistem perparitan yang sedia ada di Kuala Lumpur. Namun begitu, sistem ini menemui kegagalan kerana kes kematian akibat malaria masih membimbangkan.

Lembaga Penasihat Malaria telah ditubuhkan pada 1911 akibat daripada kegagalan Jawatan Kuasa Malaria. Lembaga ini telah menjalankan kerja-kerja untuk menghapuskan malaria di Kuala Lumpur. Bagi merawat malaria dikalangan penduduk, maka ubat kuinin akan diberikan secara percuma. Ini adalah bagi mengurangkan beban orang ramai, terutama sekali bagi berpendapatan rendah. Bagi orang ramai yang ingin mendapatkan ubat kuinin ini, mereka boleh mendapatkannya di tempat-tempat seperti klinik,balai polis, pejabat pos, rumah penghulu dan guru sekolah. Tindakan kuarantin akan dikenakan kepada pendatang di Kuala Lumpur, terutam sekali jikalau mereka didapati menghidap penyakit berjangkit seperti malaria.

Dr. Lucy, iaitu Pemangku Surgen bagi negeri Selangor, telah menyatakan kepada Residen Jeneral di NNMB supaya buruh-buruh dibekalkan dengan makanan yang berkualiti. Dr. Mc Closky iaitu Surgen di Kuala Lumpur telah menekankan kepada pentingnya punca bekalan air. Sekiranya bekalan makanan yang baik dapat diberikan, bekalan air juga harus selamat untuk digunakan kerana ia berkemungkinan akan menjadi punca pembiakan nyamuk. Untuk meningkatkan punca bekalan air, bekalan air bersih dibekalkan kepada penduduk melalui saluran paip dan air paip yang dimaksukkan ke dalam tangki dicampurkan dengan klorin. Bagi yang menggunakan air perigi sebagai punca bekalan air, mereka dikehendaki mengkonkritkan perigi tersebut. Air yang hendak disimpan di dalam rumah hendaklah dalam keadaan yang baik dan tertutup. Ini adalah bagi mengelakkan ia menjadi tempat pembiakan nyamuk. Bagi di hospital, penyimpanan air adalah dengan menggunakan tangki yang tertutup dan telah dirawat.

Kesimpulan.

Perkembangan pesat Kuala Lumpur ini telah membawa perubahan yang besar dalam kehidupan masyarakat di Tanah Melayu. Pada asalnya pembukaan Kuala Lumpur hanyalah sebuah perkampungan yang tidak mempunyai apa-apa nilai ekonomi. Naman sebaliknya telah berlaku dimana bijih timah telah menjadi menjadi satu galian yang telah mencorakkan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar yang pesat membangun. Perpindahan pusat pentadbiran ke Kuala Lumpur daripada Kelang telah menyebabkan ia menjadi penting. Saya melihat penubuhan Sanitary Board Kuala Lumpur atau Lembaga Kebersihan Kuala Lumpur pada 1890 merupakan detik mula dimana bandar ditadbir dengan sistematik. Budaya kehidupan bandar telah wujud dalam masyarakat. Selain itu, perkembangan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 dapat dilihat dalam banyak aspek. Apek yang diberi penekanan ialah dalam aspek kebersihan,makanan, kawalan penyakit dan pembentungan najis. Saya melihat aspek ini penting kerana ia sebagai asas kepada kesejahteraan bandar KL yang berkembang pesat akibat daripada perlombongan bijih timah dan perkembangan perhubungan. Ia telah memberikan kesan yang positiv dan negativ kepada masyarakat yang menghuni Kuala Lumpur.



Bibliografi
Buku.
Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, Sanitary Board Kuala Lumpur,1890-1914: Peranan dan Pentadbiran, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia , 2001.
Amarjit Kaur, Brigde and Barrier : Transport and Communications in Colonial Malaya 1870-1937, London: Oxford University Press, 1985.
David Taylor, Mastering Economy and Social History, London: Macmillan Education Ltd., 1988.
E. Sadka, The Protected Malay States 1874-1895, Kuala Lumpur : University of Malaya Press, 1968.
J.M Gullick, A History of Kuala Lumpur 1856-1939, Kuala Lumpur: MBRAS, 2000.
J.M. Gullick. A History of Selangor 1745-1957, Singapore: Eastern University Press, 1960.
J.M. Gullick, Old Kuala Lumpur, Kuala Lumpur : Oxford University Press, 1994.
J.M. Gullick, The Story of Kuala Lumpur 1857-1939, Singapore: Eastern University Press, 1983.
Lim Heng Kow, The Evolution of The Urban System in Malaya, Kuala Lumpur : University of Malaya Press, 1978.


Jurnal Akademik.
Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, “Pengalaman Perbandaran di Kuala Lumpur, 1890-914: Perspektif Kisah Sampah dan Debu”, Jurnal Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Bil. 13, 2005, hlm 101-119.
Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, “Pengasasan Kerajaan Tempatan Di Semenanjung Malaysia dengan Rujukan Kepada Sanitary Board Kuala Lumpur,1890-1914”, Jurnal Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Bil. 4, 1996, hlm 109-122.

Latihan Ilmiah.
Jaky Mohd Jun, “Sejarah Pengawalan Bekalan Makanan (1890-1920):Langkah dan Kesannya di Kuala Lumpur”. Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 2006.

Munirah Ab. Hamid, “Pengangkutan Keretapi Di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu 1896-1941”, Latihan Ilmiah,jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 2006.

Wilso Lunan, “Sejarah Penyakit Malaria di Kuala Lumpur, 1900-1917” , Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, 2003.




Kertas Persidangan.
Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, Istitusi Pasar dalam Sejarah:Analisis Terpilih Mengenai Peranan Pasar di Bandar Kuala Lumpur Sehingga Tahun 1914. Seminar Sejarah Sosial Malaysia Peringkat Kebangsan dan Serantau , Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah, Fakulti Sastara Dan Sains Sosial, Universiti Malaya, 2005.
Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, Pengalaman Perbandaran Di Kuala Lumpur 1890-1914: Analisis Terhadap Kawalan Kesihatan Awam Lembaga Kesihatan Kuala Lumpur. International Conference On Social, Development And Environmental Studies. Bangi: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2008.

Peranan Mahmud Ghaznawi dalam perkembangan Islam di India.

Pengenalan.
India merupakan antara negara tertua di dunia. Sejarah India dapat dilihat dalam jangkamasa yang panjang sejak 3000 tahun sebelum Masihi lagi. Nama India ini terambil daripada Sungai Sindu, satu diantara sungai-sungai yang besar di benua India, yang sekarang ini pemerintah disana berusaha hendak mengembalikannya kepada nama yang asli iaitu: Bharat. Benua kecil India telah menyaksikan pelbagai peristiwa penting dalam bidang sosial, politik, keagamaan, peperangan dan banyak lagi. Tamadun India bukan sahaja salah satu tamadun unggul yang tertua di dunia, malahan tamadun India juga dikenali kerana keunikannya yang unik. Keunikan ini antara lain dapat dilihat dalam kesinambungan tradisi kebudayaan dan kekal tanpa banyak perubahan sejak ribuan tahun yang lalu.
Jika kita membicarakan mengenai India, kita tidak dapat lari dari menerangkan mengenai Tamadu Indus yang wujud di India. Ia merangkumi kawasan yang sangat luas hingga dikatakan mencapai 500,00 km persegi. Ia menjadikan kawasan Sungai Indus dan cawangannya sebagai pusat utama. Tamadun ini mempunyai sejarah yang gemilang dan meninggalkan kesan yang dapat dilihat dalam ketertinggian teknologi senibina mereka.
India yang wujud pada saat ini ialah merangkumi negara India, Pakistan, Bangladesh, Nepal, Bhutan dan Sri Lanka. Sebelum tahun 1947 iaitu sebelum perpisahan negara-negara dalam Benua Kecil India akibat dari kemerdekaan, pemisahan dan persempadanan ini tidak wujud tetapi ia merupakan sebuah wilayah yang besar dan bersatu.

Penyebaran agama Islam tidak boleh dipisahkan dengan Benua Kecil India. Benua Kecil India telah lama mempunyai hubungan yang erat dengan bangsa Arab walaupun sebelum kedatangan Islam lagi. Pada ketika ini, ramai pedagang-pedagang arab yang belayar ke India untuk berniaga dan mencari bahan makanan. Hubungan antara kedua-dua negara hanyalah melalui jalan laut. Ia dapat dibuktikan semasa zaman pemerintahan Khalifah II, Saidina Umar ibn Al-Khattab di tahun 15 Hijrah, panglima perang Usman ibn Abi’l As Ast-Staqafiy, telah membawa tenteranya menuju ke sebelah Timur. Di tahun 22 Hijrah, telah sampai angkatan perangnya ke Parsi, masuk ke Khorasan dan ada niatnya untuk meneruskan ke India.
Dalam buku karya Hamka, Sejarah Umat Islam ada disebutkan di zaman pemerintahan Khalifah III, Saidina Usman ibn ‘Affan telah mengutuskan utusan untuk meninjau wilayah India yang luas. Utusan tersebut telah menambah pengatahuan tentang adat istiadat di India dan juga bagaimana jalan perhubungan untuk memudahkan mereka untuk menyebarkan Islam di India. Pada zaman Khalifah bani Umaiyah yang pertama pula telah iaitu Saidina Mu;awiyah ibn Abi Sufyan telah mengirimkan angkatan perang di bawah pimpinan Al-Muhallab ibn Abi Sufrah, seorang panglima perang. Beliau hanya sampai ke Kabul iaitu ibu negeri Afganistan sekarang dan sampai ke Multan. Beliau tidak sampai ke tengah-tengah wilayah India. Ekspedisi ini telah disambung pula oleh Zayyad dan anaknya. Sejak daripada saat inilah bermulanya orang Islam telah mula mengadakan hubungan dengan kerajaan Islam khususnya orang Arab.
Permulaan penyebaran agama Islam di India boleh diterangkan dalam pola perkembangannya yang mula memasuki Sind, Bengal dan Malabar. Islam telah bertapak di kawasan-kawasan ini akibat daripada hubungan perdagangan yang berlaku antara India dan bangsa Arab. Hajjaj yang telah menghantar Muhammad al-Qasim untuk menyerang Sind dan telah berjaya menguasai Sind pada 712 Masihi. Islam telah berjaya disebarkan ke Sind dan seterusnya telah menjadi pusat ilmu pengatahuan. Islam telah berkembang ke Bengal yang telah memperlihatkan gerakan Sufism. Islam seterusnya telah berkembang ke Malabar yang disebarkan melalui jalan laut. Kematian Muhammad al-Qasim dan kemerosotan kuasa Islam di India selepas kematian beliau bukanlah penamat segala-galanya. Mahmud Ghaznawi telah menyalakan kembali obor Islam di bumi Islam dengan beberapa usaha yang telah dilakukan oleh beliau terutamanya menghidupkan kembali dasar perluasan kuasa dan penyebaran Islam.
Kerajaan Sabaktakin merupakan kerajaan kerajaan Islam yang pertama di India. Kerajaan ini muncul pada tahun 391 Hijrah/1004 Masihi hingga tahun 382 Hijrah/1186 Masihi. Sejarah kerajaan ini sangat panjang. Ia bemula dizaman pemerintahan Sultan Mansur daripada kerajaan Samaniyah dimana telah berlaku pemberontakan di wilayah Khurasan. Baginda telah mengirimkan salah seorang jeneralnya yang juga bekas hamba ayahandanya yang berbangsa Turki bernama Alptigin untuk membentung pemberontakan itu. Oleh kerana jasanya menumpaskan pemberontakan itu, beliau telah dilantik menjadi gabenor Khurasan. Namun begitu, telah berlaku konflik antara Alptigin dan Sultan Mansur. Alptigin kemudiannya telah memberontak dan mengisyhtiharkan seluruh Khurasan bebas daripada kekuasaan kerajaan Samaniyah. Pada tahun 926 Masihi, beliau telah berjaya menawan Kota Ghaznah ( Ghazni) di kawasan pergunungan Afganistan dan menjadikan pusat kerajaannya yang baru. Kerajaan ini telah dikenali sebagai kerajaan Ghazni.
Kerajaan Sabuktigin telah berkembang dan tampuk pemerintahan telah digantikan oleh menantunya iaitu Sabuktigin. Dalam masa pemerintahan Sabuktigin inilah kerajaan Ghazni telah memperluaskan kuasanya ke hampir seluruh India. Sabuktigin merupakan pemerintah Islam yang pertama cuba masuk ke India melalui jalan barat laut. Walaupun beliau telah cuba untuk memperluaskan wilayah kerajaan Ghazni, akan tetapi kejayaan yang diperoleh oleh beliau sangat kecil. Beliau hanya berjaya menguasai Peshawar dan mengalahkan Jaipal . Selepas kemangkatan beliau, anak beliau iaitu Mahmud yang merupakan gebenor Khurasan semasa pemerintahan Sabuktigin telah mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan Ghazni.
Mahmud merupakan anak kepada Sabuktigin. Beliau lebih terkenal sebagai Mahmud Ghaznawi iaitu mengambil nama pusat pemerintahan kerajaan Ghazna. Beliau berketurunan Sultan Alabtakin. Ada juga para sarjana yang menggelarkan beliau sebagai Iskandar Islam. Beliau dilahirkan pada 15 Disember 967 Masihi atau 357 Hijrah. Beliau telah memerintah daripada tahun 997-1030 Masihi. Apa yang paling menarik semasa pemerintahan beliau ialah gelaran Sultan telah digunakan buat pertama kalinya dalam kerajaan Islam di India. Dengan menggunaka gelaran Sultan, gelaran raja yang digunakan sebelum ini meniru kerajaan Hindu telah tidak lagi digunakan. Perkataan Sultan itu sendiri membawa maksud ketua dalam Islam.ini sekaligus telah meletakkan syiar Islam di tempat tertinggi dalam pemerintahan kerajaan Ghazni.
Proses Islamisasi di India mengambil masa yang agak panjang iaitu hampir tiga abad antara masa kedatangan Muhammad al-Qasim ke India dan zaman Mahmud Al-Ghaznawi. Ini kerana tiga abad kemudianya selepas kedatangan Muhaamd al-Qasim, barulah Islam berjaya menapak dengan kedudukan yang kukuh dan telah mencapai perkembangan yang pesat di India. Menurut Azharuddin Mohamed Dali dalam bukunya “ Tamadun India”, beliau mengatakan bahawa tempoh tiga abad antara kedatangan Mahmud al-Ghaznawi pada abad ke-11 dilihat sebagai tahap bermulanya proses Islamisasi di India. Walaubagaimanapun, selepas Khalifah al-Walid meninggal dunia pada tahun 715 Masihi serta Hajjaj bin Yusuf al-Siqafi yang juga meninggal dunia, Muhammad al-Qasim telah dipanggil balik ke Damsyik dan meninggalkan Sind dibawah kawalan Yazid Ibn Abi Kabsyah.
Kedatangan Mahmud al-Ghaznawi dilihat lebih memberi makna dan impak yang mendalam terhadap perkembangan Islam di India. Beliau mempuyai peranan yang besar dalam menyebarkan syiar Islam di India. Penulis akan menjelaskan bagaimana Mahmud telah berperanan dalam perkembangan Islam di India. Mahmud telah meneruskan kesinambungan kerajaan Ghazni yang telah diambilalih pemerintahan oleh beliau. Selain itu, beliau juga turut menjalankan dasar perluasan kuasa. Beliau juga telah memperluaskan pengaruh Islam di Benua Kecil India. Dalam masa pemerintahan Mahmud ini juga, perkembangan ilmu pengatahuan dan kebudayaan Islam telah berkembang dengan jayanya.

Meneruskan kegemilangan Kerajaan Sabaktigin.
Mahmud telah memainkan peranan dalam meneruskan kegemilangan kerajaan Sabuktigin. Belau telah mengukuhkan lagi penguasaan kerajaan yang pernah dipimpin oleh ayahandanya iaitu Sabuktigin. Mahmud telah mewarisi takhta yang ditinggalkan oleh bapa beliau.
Selepas kematian Sabuktigin, telah berlaku perebutan kuasa diantara anak-anaknya iaitu Mahmud dengan adiknya, Ismail. Walaubagaimanapun, Mahmud telah berjaya memperoleh kuasa dan menawan adiknya. Mahmud juga digelar sebagai Iskandar Islam kerana mempunyai semangat yang tidak luntur untuk menyebarkan kekuasaan Islam di India. Beliau telah memulakan ekspedisi dan penaklukan pada tahun 1005 Masihi. Pada masa awal-awal pemerintahan beliau, beliau telah menggerakkan pemerintahanya untuk mengukuhkan kuasa kerajaan Ghazni. Beliau telah menyerang Bukhara kerana keengganan kerajaan Sammaniyah mengiktiraf kedudukan beliau sebagai pemerintah kerajaan Ghazni. Beliau telah berjaya menguasai seluruh Khurasan. Kejayaan mhmud menawan Khurasan ini telah menyebabkan Khalifah Abbasiyah di Baghdad mengiktiraf beliau sebagai pemerintah yang berkuasa di Khirasan dan kawasan timurnya. Baginda juga telah dianugerahkan gelaran Sultan.
Disamping memberi pengiktirafan kepada kekuasaan Ghaznawi di Khurasan, Khalifah al-Qadir (991-1031 M), khalifah Abbasiyah ketika itu meminta Mahmud supaya ridak memperluaskan kuasanya ke sebelah barat, ke kawasan pemerintahan bani Buaihiyah. Akan tetapi permintaan beliau tidak diambil peduli oleh Mahmud. Beliau dan tenteranya telah menuju ke barat dan menawan wilayah-wilayah di Parsi hingga ke sempadan Iraq. Baginda juga telah memasuki Hira’at dan Baluchistan.
Usaha menawan kawasan daripada barat hingga ke sempadan Iraq ini amatlah perlu dalam usaha pengukuhan beliau sebagai pemerintah kerajaan Ghazni yang baru. Pengiktirafan daripada pemerintah-pemerintah kerajaan Islam yang lain amat perlu untuk beliau menjalankan tugas sebagai peerintah. Selain itu, beliau sebagai pewaris kerajaan pimpinan ayahandanya iaitu Sabuktigin perlu untuk memperluaskan pengaruh kawasan jajahan. Ini sekaligus dapat meneruskan dan menyambung kegemilangan kerajaan Sabaktigin.
Dasar perluasan kuasa.
Dalam usaha untuk menguasai India, Mahmud telah mengambil beberapa tindakan. Antaranya ialah dengan membina beberapa buah benteng besar dan parit panjang disekitar kota Ghazna. Benteng besar dan parit panjang ini adalah bertujuan untuk melindungi kota Ghazna daripada serangan pihak luar. Mahmud Ghaznawi juga telah meneruskan usaha bapanya untuk memperluaskan kuasa ke India. Beliau telah memulakan usaha perluasan dan penaklukan pada tahun 1005 Masihi. Perluasan kuasa ini adalah dalam usaha untuk menanam Islam lebih mendalam di daerah-daerah India supaya berada dibawah pengaruh kerajaan Ghazni. Dalam usaha beliau untuk memperluaskan luasa ke India, Utara India telah menarik minat Mahmud sebagai tarikan utama untuk memperluaskan kuasa kerajaan Ghaznawi.
Tindakan pertama yang diambil oleh beliau ialah menyerang bandar-bandar sempadan di sekitar Genting Khaibar. Pada tahun 1001 Masihi, beliau telah menyerang musuh ayahandanya iaitu Jaipal yang akhirnya telah dapat dikalahkan oleh beliau. Jaipal telah ditawan namun kemudian membuat satu perjanjian yang ditandatangani dan akhirnya beliau dibebaskan. Namun demikian kerana malu, Jaipal telah membunuh diri dengan mencampakkan diri kedalam api. Tindakan membunuh diri ini adalah kerana malu dengan kekalahan yang dihadapi oleh Jaipal ditangan Mahmud yang berjaya menawan beliau.
Selepas mengalahkan Jaipal, beliau telah bergerak dan menyerang Bhatia. Serangan ini adalah kerana pemerintahnya enggan membayar ufti. Selepas menyerang Bhatia, beliau telah bergerak ke Multan yang mana terdapatnya golongan Qaramitah, iaitu salah satu daripada mazhab Syiah yang melampau. Golongan ini ini walaupun menganggap diri mereka ini Islam tetapi mengamalkan amalan yang bertentangan dengan akidah Islam. Mahmud mengambil tindakan ini adalah bertujuan untuk menyekat menularnya ajaran Qaramitah yang akan mencemarkan kesucian Islam. Tawarikh Alfy mencatatkan yang Abdul-Futteh Dawud, pemimpin golongan Qaramitah telah meminta bantuan daripada Anandapal, anak Jaipal, untuk menetang Mahmud. Walaubagaimanapun, tentera Anandapal telah dikalahkan dan telah dikejar hingga ke Bandar Sondra di tebing Sungai Chunab. Dawud yang mengatahui tentang kekalahan Anandapal ini telah bertindak bertaubat dan kembali semula ke ajaran Ahlul Sunnah serta membayar ufti sebanyak 20, 000 dirham emas setiap tahun. Multan telah berjaya ditawan pada tahun 1005-1—6 Masihi.
Mahmud Ghaznawi juga telah melihat perluasan Islam sebagai gerakan jihad untuk menentang musuh agama. Perluasan kuasa ini adalah untuk memartabatkan Islam sebagai polisi pentadbiran. Terdapat beberapa factor yang mendorong Mahmud berbuat demikian. Beliau ingin meneruskan kembali usaha yang telah dilakukan oleh bapanya, Sabuktigin. Sabuktigin telah memperluaskan kuasa di Lahore, Delhi, Ajmeer, Kanauj dan Kalinjar. Apa yang paling penting yang boleh dilihat dalam konteks gerakan perluasan kuasa ini adalah bagaimana ia bertujuan untuk menjamin keutuhan serta kestabilan politik dan ketenteraman demi memastikan keselamaan pemerintahan Islam.
Mahmud Ghaznawi telah melakukan perluasan kuasa di India sebanyak tujuh belas kali bermula pada tahun 391 Hijrah hinggalah tahun 417 Hijrah (1000 Masihi- 1026 Masihi). Sepanjang pemerintahan beliau, banyak wilayah di India yang telah berjaya dikuasainya iaitu Multan, Delhi, Ajmeer, Kanauj, Kalinjar, Gujerat serta daerah-daerah di sekitar Lembah Indus dan Ganges termasuklah kawasan Patanda. Ia adalah usaha rentetan daripada usaha perintisan Muhammad al-Qasim. Cara hidup yang telah diperaktikkan oleh pemerintah Islam menjadi faktor utama penduduk India menerima Islam. Tetapi ada juga sarjana Barat yang mengatakan bahawa Mahmud Ghaznawi menggunakan kekerasan untuk mempengaruhi penduduk memeluk Islam secara ugutan iaitu Islam atau mati.
Mahmud juga telah berjaya menawan kerajaan-kerajaan Hindu di India. Mahmud telah menyerang daerah-daerah tersebut dalam usaha untuk mengembangkan Islam dan kekuasaan dalam kerajaan Ghazni yang kuat. Kerajaan Hindu yang pada sebelum pemerintahan Mahmud telah diserang telah berada dalam keadaan yang berhati-hati. Maharaja-maharaja kerajaan Hindu telah mengadakan kerjasama dan bersatu untuk menentang Mamud. Namun meraka telah menghadapi kekalahan kerana Mahmud mempunyai tentera yang ramai dan kuat.

Pada tahun 1008 Masihi, dalam ekspedisinya yang kelapan, beliau telah menyerang Punjab. Beliau telah sekali lagi mendapat tentangan daripada Anandapal. Anandapal telah mengadakan persekutuan dengan pemerintah Ujjian, Gwalior, Kalinjar, Kanauj, Delhi dan Ajmeer. Mahmud telah menghadapai tentangan yang sengit daripada maharaja-maharaja Hindu ini. Dalam pertempuran Patanda, Mahmud telah berjaya menewaskan tentera Anandapal. Ferishta mengatakan seramai 20, 000 orang tentera Hindu terbunuh pada hari itu.

Kemudiannya beliau telah berjaya menawan Nagarkot dan menghancurkan kuilnya pada tahun 1009 Masihi. Pada tahun 1014, beliau telah berjaya menawan Dawab. Seterusnya pada tahun 1019, beliau telah berjaya menakluk Kanuj. Seterusnya pada tahun 1021 Masihi, beliau telah berjaya menawan Kashmir. Maharaja-maharaja Hindu telah melihat perluasan kuasa oleh Mahmud yang tanpa sekatan telah mengadadakan kembali persekutuan. Walaubagaimanapun, Mahmud telah mengambil tindakan pantas dengan menyerang mereka dahulu. Mahmud telah berjaya menawan Lahore pada 1024 Masihi. Selepas itu. Beliau telah menawan Kalingar dan Kawaliur.

Di tahun 1025 M, diserang dan ditaklukannya pula Gujerati dan dihancurkan berhala Sumenat yang terkenal dan besar itu. Disini terdapat kuil-kuil utama dan berhala-verhala sembahan meraka yang diselaputi emas dan batu-batu permata. Beribu-ribu penganut agama tersebut mengunjungi bandar ini setiap tahun dan dikatankan seribu Brahmin mengawal kuil-kuil dan harta yang tersimpan disitu. Didalam kota itu terdapat sebuah lingga ( symbol zakar dewa Siva) yang merupakan objek sembahan yang utama. Lingga ini dihiasi dengan permata dan emas. Dalam perjalanan ke Somnath,baginda telah menawan Anhilwara. Sesampainya ke Somntah, beliau telah mengempur kota tersebut dan berjaya menawanya. Dikatakan 50 000 orang Hindu terkorban dalam perbutan kota ini dan lingga suci mereka dihancurkan. Apa yang paling penting dapat dilihat dalam konteks ini ialah bagaimana dengan kejatuhan Somntah ke tangan tentera Islam telah menjatuhkan moral masyarakat Hindu. Ini kerana mereka percaya bahawa Somnath ini tidak akan berjaya ditawan oleh orang Islam tetapi sebaliknya apa yang berlaku, kepercayaan mereka bahawa Somnath yang dilindungi oleh dewa Siva ini telah jatuh ketangan orang Islam. Ia merupakan situasi yang amat memalukan kepada orang Hindu.
Kejayaan Mahmud yang berjaya menawan kerajan Hindu dan wilayah-wilayah di India ini telah mendapat pengiktirafan daripada pemerintah di Iraq iaitu daripada Khalifah Abbasiyah. Beliau ialah Al-Qaddir Billah. Beliau telah mengirimkan utusan kepada Mahmud dan mengurniakan gelaran Yaminud Daulah iaitu gelaran kehormatan yang bermaksud Tangan Kanan Negara. Beliau juga mendapat gelaran Amin Ud-Millah atau Orang Kepercayaan Agama.

Serangan yang dilakukan oleh Sultan Mahmud Ghaznawi dan tenteranya telah berjaya melumpuhkan pertahanan kuasa-kuasa Hindu. Oleh itu, proses penguasaan menjadi lebih mudah. Nilai-nilai Islam telah diserap kerana itulah matlamat Islam dalam menjalankan misi dakwah. Penyebaran Islam seiring dengan kemasukan Islam ke India. Persamaan taraf yang dibawa oleh ajaran Islam telah berjaya menawan hati penduduk tempatan terutamanya golongan bawahan yang selama ini menjadi mangsa diskriminasi kasta yang lebih tinggi. Raja-raja Hindu yang tewas turut memeluk Islam setelah mendapati Islam bukanlah agama yang zalim dan mengutamakan pembunuhan tetapi Islam adalah agama yang menyelamatkan manusia demi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Rakyat India juga telah mengikut jejak pemimpin mereka dengan memeluk Islam.
Pemerintahan Mahmud dapat diterima oleh orang-orang Hindu. Dalam masa pemerintahan beliau dan puteranya,Mas’ud, perhubungan Islam-Hindu agak baik. Tidak seperti yang digambarkan oleh Mukherjee dalam bukunya History of India. Orang-orang Hindu tidak ditindas dibawah pemerintahan Ghaznawi. Sebagai contoh, semasa pemerintahan mas;ud baginda telah melantik seorang janeral yang beragama Hindu bernama Tilak sebagai pemerintah wilayah Punjab. Disamping itu, separuh daripada tentera berkuda Mas;ud sendiri adalah terdiri daripada orang-orang yang beragama Hindu.
Tentera Islam digelar Mujahid yang berjuang menetang musuh Islam di bumi Benua Kecil India. Sarjana barat bagaimanapun menyifatkan perluasan kuasa adalah gerakan militer yang agresif. Kebanyakan mereka memomokkan bahawa tentera Islam berhajat dengan kekayaan India. Dua perspektif yang berbeza iaitu daripada dunia barat dan dunia Islam menunjukan percanggahan pendapat tentang gerakan perluasan kuasa di India oleh Mahmud. Bagi dunia Islam, fakta yang dimanipulasikan ini tidak wajar dipercayai dan diterima bulat-bulat tanpa penilaian daripada sudut akademik dan keintelektualiti Islam. Bagi penulis, perluasan kuasa ini adalah bertujuan untuk menjaga kesucian Islam.
Memperluaskan pengaruh Islam di Benua Kecil India.
Mahmud Ghaznawi telah berjaya memperluaskan pengaruh islam ke seluruh India apabila telah berjaya menawan seluruh wilayah Benua Kecil India. Dengan adanya pengaruh dan berjaya menguasai pemerintah-pemerintah Hindu ini telah memudahkan beliau meluaskan pengaruh Islam. Mahmud telah menyebarkan Islam di wilayah-wilayah di India dengan tumpuan utama menghapuskan penyembah-penyembah berhala dan menyebarkan Islam. Beliau juga telah mengumpulkan tentera daripada bangsa Turki dan Afganistan. Dengan lebih 100,000 tentera, Mahmud Ghaznawi telah menjalankan pengaruh Islam dengan menyerang kerajaan Hindu. Tumpuan baginda ialah penganut agama Hindu dan Buddha yang terdapat di India. Baginda merupakan seoarang yang berpegang teguh kepada agama walaupun kadang kala tindakan baginda dilihat agak kejam.
Ahli sejarah, baik bangsa Eropah sendiri, apatah lagi penulis-penulis Islam, mengakui kebesaran Mahmud dan sama tarafnya dengan Iskandar Makedoni, bahkan lebih . Iskandar tidak meninggalkan jejaknya tetapi berbeza dengan Mahmud yang meninggalkan jejak yang boleh dilihat dengan nyata. Mahmud Ghaznawi telah meninggalkan jejak yang paling kukuh dalam India, iaitu pengaruh Islam dan kebudayaannya yang kelak kemudian harinya akan diakui oleh kerajaan-kerajaan Islam yang lain. Kerana cita-cita yang besar dalam dada Mahmud ialah memenangkan kalimah Tauhid ke seluruh India, dan menghilangkan pengaruh penyembahan berhala. Tindakan Mahmud memperluaskan pengaruh Islam ke India ini telah diakui oleh sejarawan dan penulis daripada seluruh dunia.
Faktor lain yang turut membantu terdirinya pemerintahan yang teguh di India aialah sikap raja-raja Hindu yang tidak bersatu menghadapi musuh. India semamangnya terkenal dengan wilayah yang banyak. Dalam setiap wilayah ada pemerintahya yang tersendiri yang masing-masing mencari pengaruh demi kepentingan mereka dan taksub kepada suku masing-masing. Disebabkan mencari kepentingan sendiri dan memperluaskan pengaruh, mereka seringkali bermusuhan antara satu sama lain dalam pelbagai hal. Jika bersatupun tidak dapat bertahan lama dan dibuat tanpa perancangan yang serius kerana kesatuan itu hanya wujud apabila musuh berada di depan mata. Oleh yang demikian, mereka telah gagal untuk menyekat kemaraan tentera Islam.
Kemasukan Mahmud Ghaznawi ke India tidak menjejaskan aktiviti para Mubagligh yang telah sedia ada di India malah mereka bekerjasama dengan ulama yang masuk bersama-sama Mahmud Ghaznawi. Antara ulama yang terkenal ialah Syeikh Ismail al-Lahori yang telah mengislamkan puluhan ribu penduduk Lohore. Penduduk Ajmeer pula memeluk Islam hasil usaha yang dilakukan oleh Syeih Mu;inudin al-Jasyti. Sumbangan Syeikh Fariduddin al- Alwadi dan Syeikh Ali bin Syihab al-Hamzdani juga agak besar dengan mengislamkan sebahagian besar penduduk India. Terdapat ramai lagi ulama yang memberikan sumbangan kepada pengislaman penduduk India. Selain daripada ulama yang datang melalui Pakistan, ramai juga yang datang daripada Semenanjung Arab Selatan seperti Yaman dan Hadramaut.
Sejajar dengan kemasukan tentera Islam, gholongan sufi ini turu turut melalui laluan yang sama. Malah sebahagian daripada mereka dikatakan terbabit secara langsung dalam peperangan dan mengislamkan tentera musuh. Secara langsung keadaan ini telah membuka satu lagi lembaran baru dalam konteks sejarah ketamaduna India. Secara keseluruhannya, proses ini membawa makna telah wujud “masyarakat baru” yang sama sekali berbeza dengan masyarakat tempatan dari sudut amalan dan kepercayaan agama.
Kemasukan pendakwah seperti daripada tempat yang berbeza mencorakkan Islam kepada mazhab yang tersendiri. Penduduk yang berada dibahagian pantai barat India dan Selatan berfahaman Mazhab Syafe’I kerana mereka menerima Islam dari Semenanjung Tanah Arab yang disebarkan oleh orang Arab Yaman dan Hadramaut. Manakala penduduk dibahagian utara dan timur hampir keseluruhannya bermazhab Hanafi kerana menerima ajaran Islam dari orang Afganistan dan Turki yang kebanyakannya bermazhab Hanafi.
Memperkembangkan ilmu dan kebudayaan Islam.
Ketika zaman pemerintahan Mahmud Ghaznawi ini, aspek ilmu dan kebudayaan Islam tidak diketepikan sama sekali dalam pentadbiran. Aspek ini tidak diabaikan oleh beliau. Kesinambungan keamanan pemerintahan beliau dimasukkan dengan unsur-unsur ilmu dan kebudayaan. Ilmu pengatahuan seperti falsafah, perubatan,sastera, sejarah dan lain-lain lagi telah berkembang. Apa yang paling menonjol dalam konteks ini ialah kota Ghazna lebih bersinar dalam bidang ilmu dan kebudayaan berbanding dengan kerajaan islam yang lain.
Kota Ghazna telah menjadi pusat keilmuan yang penting. Disebalik nama kota Ghazna yang dibesarkan sebagai pusat keilmuan, Mahmud Ghaznawi yang dikenali sebagai seorang yang handal dalam peperangan dikenali juga sebagai seorang pujangga, penyair. Hamka dalam bukunya Sejarah Umat Islam, Mahmud dikenali juga sebagai seorang pahlawan “pedang dan pena” . Sumbangan Mahmud ini telah digambarkan oleh Hamka sebagai;
“Sangatlah besar perhatiannya kepada perkembangan ilmu pengatahuan dan mencintai sarjana dalam lapangan masing-masing.”

Sejarah telah mengakui akan kebesaran Sultan Mahmud kerana beliau adalah salah seorang tokoh Islam yang menghiasi lembaran sejarah umat Islam. Beliau telah berhasil menanamkan ajaran dan kebudayaan Islam di negara India yang kelak menjadi kebanggaan umat Islam keseluruhannya.
Kota Ghazna bukan sahaja menjadi kota pertahanan tetapi juga juga menjadi tempat berkumpulnya ahli-ahli ilmu, ulama-ulama Islam, ahli fekah dan bahasa dan ahli Tasauf serta Falsafah. Pada masa pemerintahan Sultan Mahmud kota Ghazna adalah ibu kota, kota pentadbiran dan juga pusat kebudayaan dan ilmu pengatahuan. Sultan telah bersikap lembut dan sangat menghormati mereka sehinggakan beliau sanggup untuk mendampingi mereka dan memberikan dorongan agar mereka terus mengembangkan bakat dan meningkatkan keahlian mereka. Dengan sikap sebeginilah telah berjaya menarik ramai ahli-ahli cendikiawan Islam untuk berkunjung ke kota Ghazna.
Antara tokoh-tokoh yang muncul pada masa ini ialah seperti Al-Unshuri, Al-Farukhli, A-Asjudi, dan Al-Firdausi. Mereka ini ialah antara penyair-penyair Parsi yang terkenal. Al-Firdausi adalah penulis kitab Syahnamah atas perintah Sultan Mahmud. Kitab ini mengesahkan tentang peperangan-pererangan yang berlaku semasa pemerintahan Sultan Mahmud dalam bentuk yang kretif iaitu sajak-sajak yang indah. Semasa pemerintahan beliau juga lahirnya dua orang sasterawan Arab yang agung iaitu Abdul Fadlal Badi’uzzaman Al-Hamdzani dan Abu Bakar Al-Khawarizmi serta seorang ahli kajibumi bernama Abu Raihan Al-Baruni. Pengaruh Abdul Fadlal Badi’uzzaman Al-Hamdzani dalam dunia sastera Arab sangatlah besar kerana Al-Hamdzani sendiri adalah Gabenor di Negeri Huraat ketika zaman pemerintahan Sultan Mahmud. Kelahiran tokoh-tokoh ini semasa zaman pemerintahan Sultan Mahmud telah menunjukkan bahawa cendekiawan-cendekiawan Islam ini telah diberi ruang untuk menonjolkan segala bentuk ilmu pengatahuan dan mereka tidak mendapat sebarang konkongan daripada pihak pemerintah. Ia dikuatkan lagi dimana Sultan Mahmud sering memberikan mereka hadiah-hadiah yang berharga sebagai perangsang untuk mereka terus membina dan memprtingkatkan bakat mereka. Perhatian utama diberikan oleh beliau kepada penyair-penyair.
Kebudayaan Islam juga telah terbukti menjadi antara minat Sultan Ghaznawi iaitu beliau juga sering mengadakan perbincangan-perbincangan tentang agama dan menikmati nyanyian dan syair. Minat baginda ini sekaligus telah menarik minat rakyat untuk sama-sama mencintai kebudayaan Islam. Ia menggunakan konsep yang mudah dalam hal ini dimana minat seeorang pemerintah negara akan menjadi minat rakyatnya.
Pada zaman ini, infrastruktur-infrastuktur seperti sekolah, masjid, perpustakaan dan sebuah universiti telah dibina di Ghazna. Universiti yang didirikan dibekalkan dengan perpustakaan yang besar, sebuah muzium dan professor-professor yang dibayar gaji. Para sarjana juga dibayar pencen.
Perkembangan dalam ilmu pengatahuan dan kebudayaan Islam ini menunjukkan bahawa kerajaan pimpinan Sultan Mahmud merupakan kerajaan yang kuat dan aman. Dengan adanya keamanan sahaja, perkembangan ilmu dan kebudayaan dapat berlangsung dengan jayanya. Ini memberikan kelebihan kepada kota Ghazni yang berkembang dengan keintelektualan yang tinggi serta himpuanan cendekiawan-cendikiaewan daripada pelgabai disiplin ilmu. Sultan Mahmud telah berjaya menggilap sinar Islam setelah tiga abad berlalu daripada kematian Muhammad al-Qasim. Usaha beliau ini mendapat pengiktirafan daripada Khalifah ai-Qadir. Apa yang pasti, beliau telah berjaya mengukukuhkan kuasa Islam melalui ilmu pengatahuan dan kebudayaan Islam setelah zaman keagungan Muhammad al-Qasim pada 712 Masihi dahulu.
Kesimpulan.
Mahmud Ghaznawi telah memainkan peranan yang sangat besar dalam memartabatkan Islam di Benua Kecil India. Beliau merupakan tokoh yang penting dalam perkembangan kerajaan Ghazna. Daripada isu-isu yang diutarakan diatas dapat dilihat beberapa faktor kejayaan Mahmud Ghznawi dalam perana beliau memperluaskan Islam di India. Penduduk India adalah tidak bersatu kerana Inida terdiri daripada beberapa buah kerajaan kecil yang bermusuhan diantara satu sama lain. Walaupun kadangkala terdapat pergabungan diantara mereka untuk menghadapai Mahmud Ghaznawi, pergabungan tersebut tidak kukuh dan tidak tahan lama kerana ia dibentuk dengan tergesa-gesa. Selain itu, tentera Mahmud merupakan orang Turki yang biasa berperang dan terkenal dengan keberanian dan keganasannya. Kepercayaan kukuh terhadap Islam dan tugas mereka untuk mengembangkan agama dan menghapuskan penyembahan berhala telah menyebabkan mereka tidak takut mati. Dan yang terakhir ialah tentera berkuda Ghaznawi yang pantas dan taktik peperangan yang lebih baik menyebabkan mereka selalu memenangi sesuatu pertempuran. Pihak kerajaan Hindu selalu bergantung kepada kaedah peperangan lama yang menggunakan gajah-gajah perang yang tidak sesuai untuk menghadapi tentera berkuda yang bergerak pantas.
Apa yang paling penting disini ialah kehadiran beliau ini telah disimpulkan oleh para sarjana bahwa berakhirnya tempoh dominasi Arab dibahagian utara India. Mahmud Ghaznawi telah meninggal dunia pada tahun 342 Hihrah/1040 Masihi. Selepas kemangkatan beliau, Selepas kemangkatan beliau, tampuk pemerintahan telah diambil alih oleh Mas’ud Syihabud Daulah serta pemerintah seterusnya dan pemerintahan kerajaan Ghazni telah mula lemah. Ini kerana telah berlaku kelemahan dam sistem pemerintahan negara serta serangan daripada kerajaan Ghori.















Bibliografi.
Buku.
Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi. Sejarah Perkembangan Islam di India, Kedah: Khazanah Banjariah, 1992.

Ahmad Rafaa’I, Sejarah Kedatangan Islam Ke India dan Indonesia, Penerbitan Al-ramadhan, 1994.
Azharudin Mohamed Dali, Tamadun India, Kuala Lumpur: Dewama, 2004.
Che Uda Che Nik, Siri Bimbingan Fajar Bakti Sejarah Islam 2, Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1981.
Dasuki Haji Ahmad, Ikhtisar Umat Islam, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1974.
Freeland Abbot, Islam and Pakistan, New York: Cornel University Press, 1968.
Hamka, Sejarah Umat Islam, Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1977.
Ismail A. Hamid, Intisari Sejarah Islam, Kuala Lumpur: Pustaka Gunong Tahan, 1970.
John Briggs, A History of the Rise of The Mahomeden Power In India VI, Culcutta, 1966.
K.S. Lal, Early Muslims In India, New Delhi: Books and Books Publishers and Distributors, 1984.
Kenneth W. Mogan (terjemahan: Abu Salamah, Khairil Anuar, Harun ar-Rasyid) , Islam di Jalan Mutlak, Jakarta: PT Pembangunan Jakarta, 1963.
Mahayuddin Haji Ismail, Sejarah Islam, Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti, 1993.
S.R. Sharma, Studies In Mediviel History, The History and Culture of the Indian People V, Bombay, 1957.

Latihan Ilmiah.
Noorhasbi Ismail, Islam di India: Satu kajian mengenai kemasukan dan penyebarannya, Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah dan Ketamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2000.

Sunday, December 28, 2008

wwwwaaaaaaaaaa.................

dah lame tak update blog ni..
tup2 sedar dah bukak sem baru..aku rase macam kejap sangat cuti..
aku balik rumah seminggu je..maklum la,ikut latihan suksis.lame lak tu,dekat sebulan..

bukak sem baru bermakna result exam dah keluar.
malam lepas latihan suksis aritu aku terus chek result...
alhamdulillah,tercapai gak hasrat aku nak pointer tinggi.
ramai gak kawan2 aku dapat pointer tinggi..hera dengan mel yang paling tinggi antara costmate aku..

hari ni.......28.12.2008...
aku kembali semula ke um lepas seminggu balik umah..
rase macam tak nak balik um je,boring...
g best duduk umah..

tapi ape pun.kelas dah nak start....
bermula la kembali campus life aku....iissshhhh3!!!

Friday, November 28, 2008

lupe...

hari yang paling yang orang ingat dalam hidup...

hari raye..
hari pekse...
hari first time kapel...
banyak2 lagi la hari...

tapi ade satu hari yang orang tersangat ingat...nak tau hari ape???
hari lahir la..semalam hari jadi aku yang ke-20.tup2 dah 20 dah aku...
aku sendiri lupe hari jadi aku..aku ingat hari aku coz ade orang hantar mesej selamat hari lahor kat aku..baru la aku ingat.
cerita pasal hari lahir nikan..aku tak pernah pun sambur hari lahir aku.
ala,potong2 kek tu,tiup2 lilin.
sedihkan...
aku dari kecik dah didik macam tu..
tak diajar dengan kemewahan..
ape yang ayah akau ajar bersyukur dengan segala rezeki yang Allah bagi kat aku.
walaupun aku tak pernah sambut hari jadu aku,aku tetap bersyukur dengan umur yanh allah bagi kat aku,bersyukur dapat hirup udara kat dunia ni...cukup la bagi aku...
tapi ape pun,hepi besday tuk diri aku sendiri...hehehehe....

Wednesday, November 26, 2008

dah biase...

hari ni aku latihan kawad lagi..
macam semalam gak,jurulatih ajar arahan2 baru..
aku pun dah biase dah..best gak belajar...
pagi tadi mendung,makbul gak doa aku semalam..amin...
tapi waktu petang panas terik..
muke aku dah naik hitam...macam kene panggang.

jurulati arini atur paras squad..
aku duduk baris 5 barisan tengah..
selalunyer aku duduk kat depan..
tu yang selalu kene ngan jurulatih..
tapi arini selamat sket..

petang tadi aku tido..
letih giler,sedap sangat tido.

esok ade latihan lagi...

Tuesday, November 25, 2008

fuh...letih!!



eerrrmmmmm...ari ni pagi2 lagi aku dah bangun awal sebab pukul 6.45 pagi kene lapor diri kat jurulatih.aku malam tu dah la tido lambat..pukul 12.30 baru aku tido.pagi tadi mengantok la..
pagi2 lagi skuad suksi junior dah kene joging pusing um.. aku dekat sebulan tak lari...pancit gak aku..tapi sebab ramai pempuan tepakse la aku cover..tak malu aku.hehehehe... pukul 9.30 kumpul balik kat padang kawat... aku rase letih sangat tapi nak buat macam mane,ade latihan kawad kaki.. pagi ni sjn husni ajar kawad lebih kurang sampai pukul 12 tengah hari. aku lak tadi pegi shah alam ngan member suksis yang laen.... aku g amik barang kat stor bekalan polis wilayah tengah.(orang panggil s.m.s pdrm). pegi naek trak polis...punyer la panas,dieorang tak pasang bumbung.boleh terbakar kulit dibuatnyer.. (aku cakap dalam hati.) petang sambung kawad lagi... tengah2 panas rembang(bahase perak) bekawad.. aku mandi peluh petang tadi.. aku yang paling banyak kene tegor sebab banyak buat silap ngan jurulatih..
sjn husni:hanafi!!ape tu,kawad pun salah.bukan macam tu.dah macam beruk je saye tengok.(nada marah+tersenyum)

aku :baek cik(aku menjawab)


kawan2 aku semua gelak kat aku..bengang giler aku dibuatnyer.waktu kawad letih giler aku rase..nak pengsan pun ade.malam ni aku nak tido awal..esok ade latihan kawad g.. mintak2 esok hari mendung...amin!!

Monday, November 24, 2008

pengalaman baru

hari ni aku mula latihan suksis...
pagi2 g aku dah kene bangun awal coz kene lapor diri awal kat gazebo...
pagi tadi hujan rintik-rintik...tapi aku ngan member2 laen jalan kaki gak redah hujan tu.
lambat kang naye je kene ngan sjn husni n jurulatih2 laen.
pagi tadi ade taklimat ngan tuan ismail...die ni pangkat asp...besar pangkat tu..
pas taklimat sarapan jap n ade gotong royong kemaskan barang2 yang kene bawak g interaksi kat gua kota gelangi,pahang ujung minggu ni..

pas habis kemas2,aku g cimb buat buku akaun bank untuk bayaran elaun suksis..
balik je kolej 12 aku terus g makan ngan member2 laen...

waktu taklimat pagi tadi ade ke patut jurulatih nak lantik aku jadi presiden budak2 junior..
x nak aku,buat sakit kepale je..

jurulatih:sy nak pilih g sorang calon presiden,ini pilihan sy dan jangan bantah.hah!!!!kamu..(die tunjuk jari kat aku)..(nada serius).

aku:(aku pun bangun).saya tak nak jadi cik.ni tak adil cik..(semua suksis junior gelak kat aku)...malu weh...

jurulatih:hah!!dah tak adil pulak..kamu pilih sorang kawan kamu..

aku pandang kat kawan2 suksis aku n aku namapak sorang...sayuti name die..
terus aku cakap nama die..


aku:sy pilih sayuti.

jurulatih:sayuti...datang depan!!


maka,selamat la aku drpd kene undi jadi presiden suksis junior..

malam ni aku nak tido awal...sok kene bangun awal.

adios!!!paalam....